Sunday, June 15, 2014

Langsir : Jahit Tegak ke Pattern Pleated ?

Assalamualaikum wbt.

Jom banyakkan selawat!

Dah dekat Ramadhan ni, ramai yang sibuk menempah langsir.  Kawan-kawan semua dah tempah langsir ? Pattern apa tahun ni?

Ada juga yang masih terfikir-fikir nak tempah pattern apa ye untuk langsir raya 2014 ni...Ada nak yang simple je...Ada nak yang berscallop...Ada nak yang bergaya moden dengan pattern eyelet...Ada nak yang bertema english...Ada yang nak senang pasang dan gantung...Ada yang nak pattern mudah alih...Ada ke nama pattern langsir lagu tu heh?


Post kali ni, saya cuma nak share sedikit kelebihan dan kekurangan 2 jenis langsir ni...Langsir pattern jahit tegak dan langsir pattern pleated.

Langsir jahit tegak atau bahasa omputih kita panggil pattern french pleat...tu nama glemernya...atau dikenali juga sebagai langsir mudah alih...huhu...itulah kelebihan langsir jenis ni. Mudah untuk dialih ke mana saja tempat yang kita nak gantung...asalkan sesuai dan sepadan.

Contohnya, sebelum ni kita duduk rumah sewa dan ada langsir french pleat yang masih elok rupa parasnya.  Kemudian kita nak berpindah ke rumah yang baru dibeli...sementara nak tempah langsir baru untuk rumah kita tu, gantunglah langsir lama tu dulu walaupun lebar tingkap/pintu rumah sewa tu tak sama ukurannya dengan rumah baru kita tu...itulah namanya langsir mudah aih...lebar langsir tu mudah untuk di 'ejas', hanya gunakan cangkuk kaki 4.

Apa pula kekurangannya?  Kelemahannya ialah kena bergotong-royong untuk pasang cangkuk dan gantung langsir jenis ni terutama kalau nak pasang langsir untuk satu rumah.  Saper yang dah pernah pasang langsir jenis ni dia mesti sangat2 faham dengan kerenah langsir pattern ni...betul tak?  Apa kerenahnya?  Pasang cangkuk tu takde masalah sangat walaupun ia juga mengambil masa...yang paling tension bila dah siap pasang cangkuk, panjat tangga...alamak...tak sama lebar pulak!!!  Ejas semula cangkuknya.  Bayangkan kalau kita buat kerja ni sorang2...di malam raya pulak tu..huhu.

Tip mudah untuk pasang langsir jenis ni ialah sediakan measuring tape, jangan guna tape baju pulak...tak sesuai ye kak...


Pastikan kita sudah mengetahui ukuran semua pintu dan tingkap terlebih dahulu.  Setelah siap pasang cangkuk, ukur dahulu lebar langsir dengan measuring tape.  Pastikan sama dengan lebar pintu/tingkap.  Barulah panjat tangga dan gantung langsir tu...Kalau tak buat macam tu, akibatnya anda akan cepat kurus dengan senaman naik turun tangga berkali-kali hingga anda keletihan dan kebosanan.

Langsir pattern pleated pula dikenali juga langsir jahit mati.  Terdapat pelbagai jenis pleat; pinch, butterfly, goblet, collar, singapore, diamond, mini skies...itulah antara nama2 pleat yang saya pelajari dulu.  Sebagai tukang jahit langsir, saya banyak menerima tempahan langsir pleated sebabnya senang, cepat dan mudah nak dipasang.  Sampai je langsir ni di tangan pelanggan, mereka boleh terus menggantungnya...tak payah pasang cangkuk sebab saya dah siap pasang sekali.  Lipatannya juga sekata dan seragam...cantik beralun.  Kekurannya pula ialah ia tidak boleh di alihkan atau digunakan untuk pintu/tingkap yang lain kecuali kalau ukuran lebar dan labuhnya adalah sama.

Rasanya itu sahaja antara kelebihan dan kekurangan 2 pattern langsir ini.  Itu je yang terlintas buat masa ni.   Terpulanglah pada citarasa masing2 nak pilih pattern langsir yang sesuai untuk rumah mereka. Kawan2 yang dah menjahit langsir berkurun lamanya pasti lebih banyak tahu kelebihan dan kekurangannya serta tips berguna untuk pattern langsir tersebut.

Sekian, wassalam.  Wallahu aa'lam.