Assalamualaikum wbt.
Moga kita semua sentiasa dalam rahmah, keberkatan dan lindungan Allah swt hendaknya senantiasa.
Baca pada tajuk 'upah jahit langsir 2014'...tapi saya bukanlah nak tulis tentang upah jahit langsir. Cuma nak ulas sedikit tentang post saya yang lama tentang tajuk ni...bagaimana nak tentukan harga upah jahit. Ramai yang telah membaca post tersebut namun mungkin sedikit kecewa setelah membacanya kerana tak dapat jawapan yang dicari....betul kan? :)
Hari ni khusus untuk langsir je. Sejak awal penglibatan saya dalam bidang jahitan langsir secara serius ni, memang ramai yang bertanya bagaimana nak tentukan harga upah...ada yang bagitahu, tak tahu nak tentukan upah sebab tak pernah ambil kursus, pada asalnya jahit untuk sendiri dan keluarga sahaja tapi bila ada jiran minta tolong jahitkan dia tak tahu nak letak harga...macam-macam lagilah...ada yang emel...ada yang sms...ada yang pm di facebook...hantar surat jer takde...hehe.
Jawapan saya tetap sama macam dalam post saya yang lama tu...yang saya letakkan linknya di atas. Sejujurnya itulah jawapan yang saya ada.
Semasa dalam kursus kelas langsir, guru saya ajar kami secara teori dan sedikit sahaja secara praktikal, kemudian terus memberitahu kami harga upah untuk setiap paten yang kami pelajari berdasarkan pada teknik-teknik menjahit langsir yang beliau ajarkan. Kenapa pattern langsir ni RM12 sekaki? atau Macamana paten ni boleh jadi RM18 sekaki? Takde pulak kami diajar ilmu tersebut...Harga yang beliau iaitu guru langsir saya berikan tu merupakan 'harga patut' yang bersesuaian dengan teknik yang diajar dan kualiti yang sepatutnya terhasil dari teknik yang telah diajar. Boleh faham ke?
Jadi, saya memang tak akan menjawab pertanyaan sebegitu kerana saya takde jawapan. Maaf sekali lagi. Jawapan yang saya ada ialah harga setiap pattern langsir. Tapi boleh ke kita ikut je harga orang lain walaupun teknik menjahit tidak sama? Terpulanglah...tepuk dada jawab le sendiri. Dan berggantung juga pada niat masing-masing. Ada yang letak harga lebih murah dari tailor lain dengan harapan pelanggan2 akan menempah dengannya kerana harganya lebih murah. Rezeki masing-masing Allah dah tentukan...:)
Wassalam.
Wassalam.