Tuesday, November 13, 2012

Jahit lurus? Senang je tu !

Mula-mula belajar jahit menggunakan mesin jahit jenama SINGER seawal usia saya 12 atau 13 tahun (tak berapa ingatlah).  Tolong mak jahit baju sendiri, jahitan lurus je.  Bila dah semakin mahir saya mula jahit baju dan kain sekolah sendiri setelah diberi kepercayaan oleh mak.  Kalau tudung sekolah tu jahit tangan je dan bahagian tepi tudung tu bakar guna lilin aje.  Itu cara dulu-dululah.  Zaman persekolahan.

Senang ke jahit lurus tu?  Kalau orang yang dah mahir, itu kacang je....kalau orang yang baru nk belajar...haha...jawab lah sendiri.  Kalau jahit baju atau kain, saya rasa takde masalah sangat, sebab apa?  Sebab baju atau kain taklah panjang mana...kalu terbelok pun tak perasan sangat.


Tapi kalau jahit langsir? Panjang kain sampai 4 atau 5 meter.  :)
Mula-mula saya menjahit langsir, dalam fikiran saya, alah senang je jahit langsir ni...lurus ajer...tak susah lah.  Bila dah siap, senget benget!!!  Kena buka semula jahitan.  Itulah padahnya kalau menjahit tanpa ilmu.  Nampak senang kan.  Jadi moralnya ialah, kalau kita takde pengalaman menjahit langsir, jangan kata jahit langsir tu senang ajer!  No...no...no...Menjahit ke memasak ke menyulam ke....semua tu mesti dengan ilmu.  Mana nak dapat ilmu? Ada banyak cara....Antaranya, kalau bidang jahitan, berlatih lah menjahit, tapi mungkin ambil masa yang sedikit panjang bergantung pada kemahiran kita.  Cara yang cepat, pergi ke kursus2, dapatkan ilmu dari mereka yang pakar dalam bidang berkaitan.

Bagi saya, dua2 cara ni saya dah guna...Alhamdulillah sangat bermanfaat.  Kita akan lebih merasai 'nilai ilmu' yang kita ada dan kita dapat.

Jahitan langsir banyak memberikan saya banyak ilmu jahitan yang saya inginkan.   Teknik untuk menjahit dengan kemas, lebar yang sama dari awal kain hingga habis kain, kain atas dan bawah tidak berkedut dan lain-lain ilmu asas yang sangat membantu saya agar jahitan nampak profesional.

Teknik-teknik ini kebanyakannya dari pengalaman saya menjahit dan kursus jahitan langsir yang saya sertai.  Alhamdulillah, wang yang dilaburkan tidak sia-sia.

Wallahua'lam.

Mencuci Katrij Penapis Air

Tugasan berkala : mencuci katrij penapis air.  Katrij perlu dicuci selalau agar air tapisan dapat keluar dengan baik dan bersih.  Kalau takde penapis, minum air berkarat lah jawabnya....Teruk betul kualiti air kita ni.  Eh...eh...kena bersyukur.





Cuci sampai bersih.  Kerja hari minggu. :)




Wednesday, August 15, 2012

Bila kita ditimpa ujian, apa yang kita rasa?

Setiap manusia pastinya pernah mengalami suatu ujian atau dugaan hidup.  Dalam bulan Ramadhan tahun ini, banyak betul ujian yang Allah beri...(pada saya memang berat tapi mungkin tidak bagi orang lain.

Bagaimana kita saat dugaan itu datang kepada kita? Bagaimana saya? Marah, sedih, nak menangis, mempersoalkan mengapa ia datang kepada saya tidak pada orang lain...dan macam-macam lagi atau kita redha, sabar, tenang dan tabah?  Tahulah kita di mana tahap iman kita pada ketika itu.

Apa pun yang berlaku, semua itu ada hikmah yang tersembunyi.  Sebagai hambaNya, kita sememangnya layak untuk menerima semua itu sebagai tarbiyah untuk kita.

Sesungguhnya ujian dan dugaan itu bukanlah suatu musibah tetapi ia adalah satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita semua.


Sunday, July 29, 2012

Bermulanya pada 9 Ramadhan 1433

Assalamualaikum.

Selamat melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang barakah ini.
Moga segala amalan kita diterima ALLAH SWT dan mudah-mudahan kita diberi peluang untuk bertemu dengan 'lailatul qadar'.

(> _<) RAMADHAN SATU PERJUANGAN (>_<)