Sunday, June 15, 2014

Langsir : Jahit Tegak ke Pattern Pleated ?

Assalamualaikum wbt.

Jom banyakkan selawat!

Dah dekat Ramadhan ni, ramai yang sibuk menempah langsir.  Kawan-kawan semua dah tempah langsir ? Pattern apa tahun ni?

Ada juga yang masih terfikir-fikir nak tempah pattern apa ye untuk langsir raya 2014 ni...Ada nak yang simple je...Ada nak yang berscallop...Ada nak yang bergaya moden dengan pattern eyelet...Ada nak yang bertema english...Ada yang nak senang pasang dan gantung...Ada yang nak pattern mudah alih...Ada ke nama pattern langsir lagu tu heh?


Post kali ni, saya cuma nak share sedikit kelebihan dan kekurangan 2 jenis langsir ni...Langsir pattern jahit tegak dan langsir pattern pleated.

Langsir jahit tegak atau bahasa omputih kita panggil pattern french pleat...tu nama glemernya...atau dikenali juga sebagai langsir mudah alih...huhu...itulah kelebihan langsir jenis ni. Mudah untuk dialih ke mana saja tempat yang kita nak gantung...asalkan sesuai dan sepadan.

Contohnya, sebelum ni kita duduk rumah sewa dan ada langsir french pleat yang masih elok rupa parasnya.  Kemudian kita nak berpindah ke rumah yang baru dibeli...sementara nak tempah langsir baru untuk rumah kita tu, gantunglah langsir lama tu dulu walaupun lebar tingkap/pintu rumah sewa tu tak sama ukurannya dengan rumah baru kita tu...itulah namanya langsir mudah aih...lebar langsir tu mudah untuk di 'ejas', hanya gunakan cangkuk kaki 4.

Apa pula kekurangannya?  Kelemahannya ialah kena bergotong-royong untuk pasang cangkuk dan gantung langsir jenis ni terutama kalau nak pasang langsir untuk satu rumah.  Saper yang dah pernah pasang langsir jenis ni dia mesti sangat2 faham dengan kerenah langsir pattern ni...betul tak?  Apa kerenahnya?  Pasang cangkuk tu takde masalah sangat walaupun ia juga mengambil masa...yang paling tension bila dah siap pasang cangkuk, panjat tangga...alamak...tak sama lebar pulak!!!  Ejas semula cangkuknya.  Bayangkan kalau kita buat kerja ni sorang2...di malam raya pulak tu..huhu.

Tip mudah untuk pasang langsir jenis ni ialah sediakan measuring tape, jangan guna tape baju pulak...tak sesuai ye kak...


Pastikan kita sudah mengetahui ukuran semua pintu dan tingkap terlebih dahulu.  Setelah siap pasang cangkuk, ukur dahulu lebar langsir dengan measuring tape.  Pastikan sama dengan lebar pintu/tingkap.  Barulah panjat tangga dan gantung langsir tu...Kalau tak buat macam tu, akibatnya anda akan cepat kurus dengan senaman naik turun tangga berkali-kali hingga anda keletihan dan kebosanan.

Langsir pattern pleated pula dikenali juga langsir jahit mati.  Terdapat pelbagai jenis pleat; pinch, butterfly, goblet, collar, singapore, diamond, mini skies...itulah antara nama2 pleat yang saya pelajari dulu.  Sebagai tukang jahit langsir, saya banyak menerima tempahan langsir pleated sebabnya senang, cepat dan mudah nak dipasang.  Sampai je langsir ni di tangan pelanggan, mereka boleh terus menggantungnya...tak payah pasang cangkuk sebab saya dah siap pasang sekali.  Lipatannya juga sekata dan seragam...cantik beralun.  Kekurannya pula ialah ia tidak boleh di alihkan atau digunakan untuk pintu/tingkap yang lain kecuali kalau ukuran lebar dan labuhnya adalah sama.

Rasanya itu sahaja antara kelebihan dan kekurangan 2 pattern langsir ini.  Itu je yang terlintas buat masa ni.   Terpulanglah pada citarasa masing2 nak pilih pattern langsir yang sesuai untuk rumah mereka. Kawan2 yang dah menjahit langsir berkurun lamanya pasti lebih banyak tahu kelebihan dan kekurangannya serta tips berguna untuk pattern langsir tersebut.

Sekian, wassalam.  Wallahu aa'lam.

Upah Jahit Langsir 2014

Assalamualaikum wbt.
Moga kita semua sentiasa dalam rahmah, keberkatan dan lindungan Allah swt hendaknya senantiasa.

Baca pada tajuk 'upah jahit langsir 2014'...tapi saya bukanlah nak tulis tentang upah jahit langsir.  Cuma nak ulas sedikit tentang post saya yang lama tentang tajuk ni...bagaimana nak tentukan harga upah jahit.  Ramai yang telah membaca post tersebut namun mungkin sedikit kecewa setelah membacanya kerana tak dapat jawapan yang dicari....betul kan? :)


Hari ni khusus untuk langsir je.  Sejak awal penglibatan saya dalam bidang jahitan langsir secara serius ni, memang ramai yang bertanya bagaimana nak tentukan harga upah...ada yang bagitahu, tak tahu nak tentukan upah sebab tak pernah ambil kursus, pada asalnya jahit untuk sendiri dan keluarga sahaja tapi bila ada jiran minta tolong jahitkan dia tak tahu nak letak harga...macam-macam lagilah...ada yang emel...ada yang sms...ada yang pm di facebook...hantar surat jer takde...hehe.

Jawapan saya tetap sama macam dalam post saya yang lama tu...yang saya letakkan linknya di atas.  Sejujurnya itulah jawapan yang saya ada.  

Semasa dalam kursus kelas langsir, guru saya ajar kami secara teori dan sedikit sahaja secara praktikal, kemudian terus memberitahu kami harga upah untuk setiap paten yang kami pelajari berdasarkan pada teknik-teknik menjahit langsir yang beliau ajarkan.  Kenapa pattern langsir ni RM12 sekaki? atau Macamana paten ni boleh jadi RM18 sekaki?  Takde pulak kami diajar ilmu tersebut...Harga yang beliau iaitu guru langsir saya berikan tu merupakan 'harga patut' yang bersesuaian dengan teknik yang diajar dan kualiti yang sepatutnya terhasil dari teknik yang telah diajar.  Boleh faham ke?

Jadi, saya memang tak akan menjawab pertanyaan sebegitu kerana saya takde jawapan.  Maaf sekali lagi.  Jawapan yang saya ada ialah harga setiap pattern langsir.  Tapi boleh ke kita ikut je harga orang lain walaupun teknik menjahit tidak sama?  Terpulanglah...tepuk dada jawab le sendiri.  Dan berggantung juga pada niat masing-masing.  Ada yang letak harga lebih murah dari tailor lain dengan harapan pelanggan2 akan menempah dengannya kerana harganya lebih murah.  Rezeki masing-masing Allah dah tentukan...:)

Wassalam.





Wednesday, June 4, 2014

Rel Langsir : Curtain Railing : Pengalaman dan Ilmu

Khidmat pemasangan rel aluminium, rod kayu dan blinds...secebis pengalaman.


Sebagai pembekal rel (aluminium rail), rod kayu (wooden curtain rods), dan bidai (blinds) dan menerima tempahan pemasangan di sekitar JB sejak hampir 2 tahun, pengalaman dan ilmu kami memang tak lah banyak mana.  Namun, disebabkan kami aktif mendapat tempahan, dalam tempoh itu kami banyak belajar ilmu tentang rail langsir atau 'curtain railing' itu sendiri, ilmu pengurusan, ilmu bisnes, ilmu kerenah pelanggan...:)

Teringat ketika di awal penglibatan kami dalam bidang railing langsir ni, drill telah rosak kerana dinding rumah pelanggan kami tu jenis konkrit.  Jadi, terpaksa drill man beli drill baru dan datang semula pada keesokan harinya.  Itu cerita lama...

Mudahkah untuk menebuk lubang?  Tanpa ilmu dan pengalaman memang nampak mudah kan?  Tebuk, pasang skru...siap...Yeke mudah??  Cuba tanya mereka yang pernah cuba men'drill' sendiri tanpa ada ilmu dan pengalaman.

Tidak dinafikan memang ada pelanggan kami yang telah mencuba terlebih dahulu men'drill' dinding untuk memasang rel tapi niat itu terpaksa dihentikan.  Kenapa?  Antaranya disebabkan peralatan yang digunakan tidak sesuai dengan jenis bahan binaan dinding rumah mereka...habis rosak dinding disebabkan oleh drill yang biasa2 je dan juga sebab tiada pengalaman dan ilmu...Ada juga pelanggan yang ada ilmu dan pengalaman tapi dia lebih rela memanggil kami yang sudah biasa dengan kerja2 ni sebab dia tahu jenis dinding rumahnya yang susah untuk ditebuk...hal bayaran dia tak kisah sebab dia tahu bagaimana susah senang kerja ni.

Ada juga pelanggan yang memberitahu kami awal-awal..."Bang, Akak...dinding rumah saya ni keras...semalam orang pasang aircond, biasanya siap 1 jam jer...tapi semalam diorang buat sampai 4 jam baru siap".  Jadi kami dah bersedia mental dan fizikal dengan maklumat yang pelanggan berikan.  Alhamdulillah semasa kerja pemasangan rel langsir di rumahnya, dari depan ke belakang, tingkat atas dan bawah, masa yang diambil lebih kurang 1 jam jer.  Sampai tuan rumah pun hairan, kenapa yang ni sekejap je...nampak senang je nak tebuk lubang tu...yang orang pasang aircond lama sangat baru siap.  Semuanya dengan izin Allah swt...atas ilmu dan pengalaman yang diberikan-NYA :)

InshaaAllah dalam tempoh ini, drill man kami adalah antara yang berpengalaman dan sudah mahir dalam bidang ini.  Apakah drill yang sesuai...Apakah jenis-jenis dinding atau bahan yang terdapat atau digunakan pada rumah-rumah pelanggan...Bagaimana cara yang cepat membuat railing langsir...Apakah perkara-perkara yang mesti dibereskan dahulu sebelum ke rumah pelanggan untuk membuat railing...dan beberapa perkara lagi yang nampak macam kecil tapi boleh jadi besar jika kita ambil ringan.

Semakin lama kami dalam bidang ini, makin banyak sebenarnya perkara yang kami tak tahu terutama jenis-jenis rel, rod dan blinds.  Blinds...jenis-jenis fabrik atau kain untuk blinds juga bermacam-macam pilihan dan semakin berkembang dengan corak yang lebih cantik seiring dengan perubahan kehendak dan peningkatan teklonogi dalam menghasilkan bahan yang bermutu dan menarik.  Semua ini perlukan sedikit pengorbanan masa dan wang ringgit untuk memiliki pengetahuan tentangnya.


Dari segi kerenah pelanggan, memang ada dan tetap akan ada dari semasa ke semasa.  Kami kena hadapinya dengan redha.  Bukan senang nak senang.  Apapun itu semua menjadi ilmu yang amat berharga dan tidak ternilai harganya.

Antara servis yang kami lakukan untuk railing langsir ialah datang ke rumah pelanggan untuk membuat pengukuran pintu dan tingkap tetapi pelanggan harus siapkan wang deposit 50% daripada jumlah keseluruhan.  Jika pelanggan setuju dengan syarat tersebut barulah kami datang ke rumahnya membuat pengukuran.  Maaf banyak-banyak ye, kami memang takde buat servis datang ke rumah ukur PERCUMA.  Pernah juga pelanggan yang cancel tempahan setelah kami datang ke rumahnya mengukur dan buat kiraan kos keseluruhan padahal kami dah tempah barang-barang untuk railing.  Aduhhh...Macamana tu??

Railing pula...kami memasang dan membekalkan rel jenis aluminium kualiti biasa dan branded, warna silver dan coklat, jenis tegak dan curve rail atau dipanggil rail corner, juga memasang dan membekalkan pelbagai jenis curtain blinds untuk rumah dan office blinds, roman blind, venetian blinds, vertical blinds, zebra blinds dan bambo blinds.

Apakah jenis-jenis rel, rod dan blinds yang menjadi trend dan paling digemari pelanggan?
InshaaAllah jumpa di post yang akan datang....bila? tak pasti lagi...:)


Wednesday, December 4, 2013

Bagaimana Nak Tentukan Harga Upah Jahit?

Assalamualaikum wbt.

Musim tengkujuh sudah tiba...mendung...sejuk...jemuran tak kering-kering...biasalah tu.
Cuma bagi mereka yang berada di kawasan rendah dan mudah banjir, berhati-hatilah.

Bagaimana Nak Tentukan Harga Upah Jahit?
Selalu saya sendiri tak tahu nak letak harga macam mana.
Kalau harga upah jahit langsir, memang saya tahu sebab cikgu langsir saya dah bagitahu dan dah bagi panduan.


Tapi kadang-kadang ada juga kawan-kawan yang minta saya jahitkan baju diorang atau baju anak-anak diorang.  Lepas tu tak tahu nak letak harga berapa? Hehehe.
Berapa harga upah baju kurung kanak-kanak? Dewasa?
Jubah moden kanak-kanak? Dewasa?
RM15...RM17...RM20...RM25...RM30...RM35...mahal sangat tak? ke murah sangat? Tak berbaloi dengan penat lelah kita...masa kita...???

Kadang-kadang kalau rajin, ada juga saya cari senarai harga jahit baju di blog-blog jahitan sebagai panduan.  Mungkin boleh ikut mungkin tidak.
Sebab kemahiran saya tak sama dengan kemahiran mereka.
Sebab tempat saya mungkin tak sama dengan tempat mereka.
Sebab jenis kain mungkin tak sama dengan kain yang mereka jahit.
Apa langkah terbaik menentukan harga upah?
Bila dah siap jahit...pejam mata...selawat...ting!! buka mata...dapat harga...hehe...boleh ke gitu?
Pada saya kalau kita betul-betul serius nak berbisnes dan memang sudah mahir dalam bidang jahitan baju ni dan memang jahitan kita ni terbukti kemas dan cun...buatlah istikharah dalam meletakkan harga.  Bukankah itu cara yang terbaik?


Tapi bagi saya yang jahit baju secara suka-suka...(sebab saya lebih suka ambil tempahan langsir)...saya letak harga ikut suka juga...bergantung pada tahap kesukaran menjahit baju tersebut dan juga jenis kain yang diberi oleh pelanggan.  Memang saya lebih banyak menolak tempahan jahit baju daripada menerima.  Hehe...rumit lah jahit baju ni.

Ada satu hari saya pergi ke kedai alatan jahitan nak beli benang di taman perumahan saya.  Sedang saya memilih benang, biasalah proses memilih benang ni lama juga...datang seorang pakcik nak minta taukeh kedai jahitkan kain sampinnya.  Terus taukeh tu kata harga upahnya RM5...pakcik pun setuju dan kain tu siap keesokan harinya.  Dalam hati saya...oooowh RM5 untuk sampin...boleh dijadikan panduan juga untuk letak harga...hehe...

Okey...itu je untuk hari ni.
Wassalam.



Wednesday, September 18, 2013

Buat Bunga Ros Yok...

Assalamualaikum.

Saper suka bunga ros...
Saper suka dan rajin nak buat sendiri...

Bunga ros memang ramail orang suka kan...
Macam2 warna ada...

Bunga tangan macam dalam gambar ni cantik kannn...
Saya dah try buat...
Boleh buat ros saiz kecil dan besar...
Kalau dah biasa senang jer buatnya...
Tapi jenuh lah juga nak siapkan satu...

Saper yang rajin, bunga ni boleh buat bisnes...
Harga pasaran tak tahu pula berapa...

Yok buat bunga ros yok...:)


Tutorial step by step...
Saya ambil dari sini...http://www.pinterest.com/pin/200410252141181734/

Macam2 boleh dibuat dengan bunga ros ni...
Boleh buat brooch...
Boleh buat hiasan pada kening langsir...
Boleh buat bunga tangan...
Macam2 lagi lah...
Ikut kreativiti masing-masing.

Selamat Mencuba ye...:)


Cikgu Rajin & Ibu Rajin

Assalamualaikum wbt.

Saper kat sini cikgu rajin....
atau ibu yang rajin...
atau bapa yang rajin...
atau kakak yang rajin...

Perkongsian daripada sahabat saya di dalam page nya.
Percuma jer...
Bolehlah suruh anak-anak yang dah boleh mewarna atau
baru nak belajar mewarna tu buat.
Mesti diorang suka, cantik2 gambarnya.
Pilih jer mana yang berkenan...
Dihalalkan oleh tuan empunya karya ni...











Best kann....
Haa kalau nak bookmark yang cun lagi melecun...
Bolehlah print yang ni pula...
Juga perkongsian daripada sahabat yang sama...
Dah siap color...
Dah siap dengan kata-kata yang menarik...
Tinggal print ajer...
Kalau takde print yang canggih...
Gi je kedai printing...
Boleh bagi kat anak2 ke...
Anak2 buah ke...
Anak2 murid ke...
Kawan2 ke...
Free juga ni...



 yang atas kiri ni ada pembetulan sikit
yang betul.."Books bring..."



Ok tak...
Best kan....
Kalau nak lagi best...
Gi lah jengok2 kat page sahabat saya ni...
Macam2 ada...
Lebih2 lagi jika anda seorang guru...
Klik link ni ye...https://www.facebook.com/groups/galericikgurajin/
Rugi kalau tak join group tu...
Admin group tu sahabat saya tu ler...Cikgu Ila.

Babai.
Assalamualaikum.

Tuesday, November 13, 2012

Jahit lurus? Senang je tu !

Mula-mula belajar jahit menggunakan mesin jahit jenama SINGER seawal usia saya 12 atau 13 tahun (tak berapa ingatlah).  Tolong mak jahit baju sendiri, jahitan lurus je.  Bila dah semakin mahir saya mula jahit baju dan kain sekolah sendiri setelah diberi kepercayaan oleh mak.  Kalau tudung sekolah tu jahit tangan je dan bahagian tepi tudung tu bakar guna lilin aje.  Itu cara dulu-dululah.  Zaman persekolahan.

Senang ke jahit lurus tu?  Kalau orang yang dah mahir, itu kacang je....kalau orang yang baru nk belajar...haha...jawab lah sendiri.  Kalau jahit baju atau kain, saya rasa takde masalah sangat, sebab apa?  Sebab baju atau kain taklah panjang mana...kalu terbelok pun tak perasan sangat.


Tapi kalau jahit langsir? Panjang kain sampai 4 atau 5 meter.  :)
Mula-mula saya menjahit langsir, dalam fikiran saya, alah senang je jahit langsir ni...lurus ajer...tak susah lah.  Bila dah siap, senget benget!!!  Kena buka semula jahitan.  Itulah padahnya kalau menjahit tanpa ilmu.  Nampak senang kan.  Jadi moralnya ialah, kalau kita takde pengalaman menjahit langsir, jangan kata jahit langsir tu senang ajer!  No...no...no...Menjahit ke memasak ke menyulam ke....semua tu mesti dengan ilmu.  Mana nak dapat ilmu? Ada banyak cara....Antaranya, kalau bidang jahitan, berlatih lah menjahit, tapi mungkin ambil masa yang sedikit panjang bergantung pada kemahiran kita.  Cara yang cepat, pergi ke kursus2, dapatkan ilmu dari mereka yang pakar dalam bidang berkaitan.

Bagi saya, dua2 cara ni saya dah guna...Alhamdulillah sangat bermanfaat.  Kita akan lebih merasai 'nilai ilmu' yang kita ada dan kita dapat.

Jahitan langsir banyak memberikan saya banyak ilmu jahitan yang saya inginkan.   Teknik untuk menjahit dengan kemas, lebar yang sama dari awal kain hingga habis kain, kain atas dan bawah tidak berkedut dan lain-lain ilmu asas yang sangat membantu saya agar jahitan nampak profesional.

Teknik-teknik ini kebanyakannya dari pengalaman saya menjahit dan kursus jahitan langsir yang saya sertai.  Alhamdulillah, wang yang dilaburkan tidak sia-sia.

Wallahua'lam.