Wednesday, June 4, 2014

Rel Langsir : Curtain Railing : Pengalaman dan Ilmu

Khidmat pemasangan rel aluminium, rod kayu dan blinds...secebis pengalaman.


Sebagai pembekal rel (aluminium rail), rod kayu (wooden curtain rods), dan bidai (blinds) dan menerima tempahan pemasangan di sekitar JB sejak hampir 2 tahun, pengalaman dan ilmu kami memang tak lah banyak mana.  Namun, disebabkan kami aktif mendapat tempahan, dalam tempoh itu kami banyak belajar ilmu tentang rail langsir atau 'curtain railing' itu sendiri, ilmu pengurusan, ilmu bisnes, ilmu kerenah pelanggan...:)

Teringat ketika di awal penglibatan kami dalam bidang railing langsir ni, drill telah rosak kerana dinding rumah pelanggan kami tu jenis konkrit.  Jadi, terpaksa drill man beli drill baru dan datang semula pada keesokan harinya.  Itu cerita lama...

Mudahkah untuk menebuk lubang?  Tanpa ilmu dan pengalaman memang nampak mudah kan?  Tebuk, pasang skru...siap...Yeke mudah??  Cuba tanya mereka yang pernah cuba men'drill' sendiri tanpa ada ilmu dan pengalaman.

Tidak dinafikan memang ada pelanggan kami yang telah mencuba terlebih dahulu men'drill' dinding untuk memasang rel tapi niat itu terpaksa dihentikan.  Kenapa?  Antaranya disebabkan peralatan yang digunakan tidak sesuai dengan jenis bahan binaan dinding rumah mereka...habis rosak dinding disebabkan oleh drill yang biasa2 je dan juga sebab tiada pengalaman dan ilmu...Ada juga pelanggan yang ada ilmu dan pengalaman tapi dia lebih rela memanggil kami yang sudah biasa dengan kerja2 ni sebab dia tahu jenis dinding rumahnya yang susah untuk ditebuk...hal bayaran dia tak kisah sebab dia tahu bagaimana susah senang kerja ni.

Ada juga pelanggan yang memberitahu kami awal-awal..."Bang, Akak...dinding rumah saya ni keras...semalam orang pasang aircond, biasanya siap 1 jam jer...tapi semalam diorang buat sampai 4 jam baru siap".  Jadi kami dah bersedia mental dan fizikal dengan maklumat yang pelanggan berikan.  Alhamdulillah semasa kerja pemasangan rel langsir di rumahnya, dari depan ke belakang, tingkat atas dan bawah, masa yang diambil lebih kurang 1 jam jer.  Sampai tuan rumah pun hairan, kenapa yang ni sekejap je...nampak senang je nak tebuk lubang tu...yang orang pasang aircond lama sangat baru siap.  Semuanya dengan izin Allah swt...atas ilmu dan pengalaman yang diberikan-NYA :)

InshaaAllah dalam tempoh ini, drill man kami adalah antara yang berpengalaman dan sudah mahir dalam bidang ini.  Apakah drill yang sesuai...Apakah jenis-jenis dinding atau bahan yang terdapat atau digunakan pada rumah-rumah pelanggan...Bagaimana cara yang cepat membuat railing langsir...Apakah perkara-perkara yang mesti dibereskan dahulu sebelum ke rumah pelanggan untuk membuat railing...dan beberapa perkara lagi yang nampak macam kecil tapi boleh jadi besar jika kita ambil ringan.

Semakin lama kami dalam bidang ini, makin banyak sebenarnya perkara yang kami tak tahu terutama jenis-jenis rel, rod dan blinds.  Blinds...jenis-jenis fabrik atau kain untuk blinds juga bermacam-macam pilihan dan semakin berkembang dengan corak yang lebih cantik seiring dengan perubahan kehendak dan peningkatan teklonogi dalam menghasilkan bahan yang bermutu dan menarik.  Semua ini perlukan sedikit pengorbanan masa dan wang ringgit untuk memiliki pengetahuan tentangnya.


Dari segi kerenah pelanggan, memang ada dan tetap akan ada dari semasa ke semasa.  Kami kena hadapinya dengan redha.  Bukan senang nak senang.  Apapun itu semua menjadi ilmu yang amat berharga dan tidak ternilai harganya.

Antara servis yang kami lakukan untuk railing langsir ialah datang ke rumah pelanggan untuk membuat pengukuran pintu dan tingkap tetapi pelanggan harus siapkan wang deposit 50% daripada jumlah keseluruhan.  Jika pelanggan setuju dengan syarat tersebut barulah kami datang ke rumahnya membuat pengukuran.  Maaf banyak-banyak ye, kami memang takde buat servis datang ke rumah ukur PERCUMA.  Pernah juga pelanggan yang cancel tempahan setelah kami datang ke rumahnya mengukur dan buat kiraan kos keseluruhan padahal kami dah tempah barang-barang untuk railing.  Aduhhh...Macamana tu??

Railing pula...kami memasang dan membekalkan rel jenis aluminium kualiti biasa dan branded, warna silver dan coklat, jenis tegak dan curve rail atau dipanggil rail corner, juga memasang dan membekalkan pelbagai jenis curtain blinds untuk rumah dan office blinds, roman blind, venetian blinds, vertical blinds, zebra blinds dan bambo blinds.

Apakah jenis-jenis rel, rod dan blinds yang menjadi trend dan paling digemari pelanggan?
InshaaAllah jumpa di post yang akan datang....bila? tak pasti lagi...:)